Wednesday, April 20, 2011

Pelantikan Pengawas Sesi Ke2

Sukacita diumumkan, bahawa pihak pengurusan Badan Pengawas SMK Paka sudahpun selesai membuat perbincangan untuk pemilihan dan pelantikan pengawas sesi kedua bagi tahun 2011. Nama pelajar yang layak akan dimaklumkan melalui laman blog ini dan juga melalui surat lantikan.

Tunggulah keputusannya.

Friday, April 15, 2011

Interview Untuk Pengambilan Pengawas Sesi Ke2

Tarikh : 12hb April 2011
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Pengurusan Badan Pengawas

Untuk makluman semua warga SMK Paka, suatu sesi temuduga bagi urusan pengambilan dan lantikan Pengawas Sekolah untuk kali kedua telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti di atas. Tujuan sesi temuduga ini diadakan adalah untuk menampung kekosongan pengawas lelaki dan perempuan 2011, setelah beberapa orang diantara pengawas yang telah dilantik (tingkatan 4) telah meninggalkan sekolah ini untuk meneruskan pelajaran mereka di sekolah-sekolah SBP, MARA dan Elit.
Seramai 12 orang telah memohon ( ada permohonan baru dan ada yang telah isi borang tahun lepas). Walau bagaimanapun, hanya ada 4 kekosongan yang layak diisi. Semua yang memohon telah ditemuduga oleh Puan Mas Ayu Ros Aida Binti Haron. Keputusan untuk memilih siapa yang layak bukan hanya bergantung kepada kelancaran pemohon menjawab soalan atau siapa cantik, siapa kaya, siapa glamor....Kriteria perwatakan, sahsiah, akademik juga diambil kira. Pandangan dan pendapat guru-guru yang mengajar juga amat penting.
Jadi....sabarlah menunggu keputusannya.....

Search This Blog