Saturday, October 8, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Hari Lahir 2011

     Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Hari Lahir Badan Pengawas SMK Paka bagi tahun 2011 telah selamat diadakan pada tarikh 28 hb September 2011 bersamaan 30 Syawal. Majlis telah berlangsung dengan meriah sekali terutama dengan dihadiri yang dikasihi Tuan Pengetua, En. Arrifin Bin Mohammad, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Penasihat Badan Pengawas, guru-guru jemputan serta semua pengawas sekolah.
    Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengerusi Majlis iaitu Saudari Norhafiza. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Saudara Hafizan. Ketua Pengawas Saudara Wan Mohd Harith mengalu-alukan kedatangan semua hadirin dan mengucapkan terima kasih terutama kepada Tuan Pengetua kerana sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis.
     Pengetua memulakan ucapan beliau dengan ucapan terima kasih dan ucapan tahniah kepada keseluruhan warga pengawas kerana berjaya menganjurkan majlis ini. Ini merupakan kali pertama Tuan Pengetua dapat hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh Badan Pengawas. Ini juga merupakan Majlis Sambutan Hari Raya yang terakhir bagi Tuan Pengetua kerana beliau akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai seorang warga pendidik pada bulan Disember ini (tarikh pencen beliau adalah pada 3hb Disember 2011). Banyak nasihat dan pesanan yang dititipkan oleh Tuan Pengetua dalam ucapan ringkas beliau. 
     Acara yang paling ditunggu-tunggu ialah penyampaian cenderahati Hari Lahir yang disampaikan oleh Tuan Pengetua diiringi oleh Ketua Penasihat Badan Pengawas, Puan Hajjah Norlaila Binti Muda. Majlis diakhiri dengan jamuan makan. Para hadirin disediakan dengan Nasi Minyak-Daging Hitam yang disediakan oleh Pok Mat KT. Selain dari itu terdapat juga Satay Ayam, Nasi Himpit - Kuah Kacang, Mee Goreng, Pizza, Kek, Puding, Cream Puff dan Cocktail Buah. Memang menyelerakan dan semua hadirin pulang dengan senyuman terukir dibibir.

Kenangan Sekitar Sambuatan Majlis Hari Raya
& Sambutan Hari Lahir 2011

Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul

Kerjasama

Masing-masing menyumbang tenaga

Guru penasihat + anak-anak pengawas bersatu hati

Apa yang penting....? Kerjasama.

Tuan Pengetua sangat tertarik dengan Kek Hari Lahir

Ketua Pengawas berucap

Ucapan Tuan Pengetua

Tuan Pengetua menyampaikan cenderahati hari lahir

Makan Time...

Banyaknya hidangan...mana satu nak mula dulu?

Tuan Pengetua tidak ketinggalan merasa juadah

Search This Blog