Wednesday, February 29, 2012

Pengawas SMKP menyambut kedatangan Puan Pengetua baru.

Tanggal 26 Februari 2012 menjadi detik bersejarah bagi warga SMK Paka yang telah menyambut serta meraikan kedatangan Tuan Pengetua baru,Puan Hajah Salmah Bt Mohd Tahar. Majlis yang diraikan menyaksikan kehadiran pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Dungun serta barisan pengurusan daripada SMK Sura.

Badan Pengawas SMK Paka tidak ketinggalan dalam membantu sekolah menjayakan majlis hari tersebut. Ketibaan Puan Pengetua telah disambut oleh Ketua Pelajar Lelaki dan Perempuan kita.Dengan kawalan rapi oleh pengawas-pengawas,susun atur pelajar-pelajar berada dalam keadaan terkawal.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pengawas yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang majlis berlangsung.





Semoga dengan kehadiran Pengetua baru ini, SMK PAKA akan terus mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.SYABAS diucapkan!

Thursday, February 23, 2012

Mesyuarat Agung Badan Pengawas 2012 berjalan lancar.

Pada 13 Februari lalu,Mesyuarat Agung Badan Pengawas sesi 2012 telah selesai dijalankan.,Badan pengawas kini lebih bergerak aktif merencana serta merangka pelbagai strategi baru dalam meningkatkan kualiti kepimpinan badan pengawas.

Tarikh:  13 Februari 2012
Masa  :  2:15 petang
Tempat: Bilik APD

Antara agenda mesyuarat agung:

2.1-Ucapan pengerusi
2.2-Pelantikan Exco Badan Pengawas
2.3-Perancangan Aktiviti Tahun 2012
2.4-Pembahagian dan penambahbaikan tugas pengawas
2.5-Hal-hal lain

Badan Pengawas SMK Paka masih diterajui oleh guru-guru penasihat badan yang lama.Namun begitu,tahun 2012 telah membuka lembaran baru dengan menerima 2 orang guru penasihat yang baru.Kepada Puan Halimah dan Encik Adahan,selamat datang kami ucapkan.Kerjasama daripada anda berdua amat kami perlukan.

Kepada Pn.Hajah Norlaila,Pn. Hajah Rosnah serta Pn. Mas Ayu yang masih setia bersama Badan Pengawas,jutaan terima kasih kami ucapkan.Kerjasama serta nasihat daripada kalian masih kami perlukan.

Senarai nama guru penasihat badan pengawas sesi 2012.
1-Puan Hajah Norlaila bt Muda,
2-Puan Hajah Rosnah bt Abdullah,
3-Puan Mas Ayu Ros Aida bt Harun,
4-Puan Halimah bt Ali,
5-Encik Adahan bt Ayuha,


Pelantikan exco badan pengawas telah menjadi agenda utama mesyuarat kali ini,.Walaubagaimanapun, exco-exco yang dipilih ialah antara pengawas yang telah diberi kepercayaan untuk memegang setiap jawatan yang disandarkan.Tahniah kepada pengawas-pengawas yang telah dilantik menjadi exco.Semoga anda semua dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.




Ahmad Hamidi Fitri bin Che Hassan(5B)
Ketua Pelajar Lelaki
Muhammad Hafizan Hakimin Bin Mahadzir(4A)
Penolong Ketua Pelajar Lelaki
Khadijah Nadiah Bt Abd Raman(5B)
Ketua Pelajar Perempuan
Nur Athirah Bt Enchek Rahamat(5A)
Penolong Ketua Pelajar Perempuan


4 exco tertinggi telah dipilih oleh pihak pengurusan sekolah.Anda semua telah diberi harapan serta kepercayaan yang tinggi oleh guru-guru.Laksanakanlah amanat yang diberi dengan penuh tanggungjawab.Moga kalian dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi!


Ketua dan Penolong pelajar dibantu oleh 14 lagi ahli jawatankuasa serta ketua biro:

Setiausaha:                Siti Nurhafieza bt Haron
Penolong setiausaha:  Nur Aqilah bt Mekmat
Bendahari:                 Nor Atira bt Mohamad
Penolong Bendahari:  Wan Mohd Aminuddeen B.Wan Mohd Sukri


Ketua Biro:
Biro catatan dan rekod :   Aina Nabilah bt Mohamed Kamal
Biro Agama/kerohanian:   Mohd Farouq ShazniBin Zaimi
Biro Majlis Khas:             Nur Shahirah bt Arifin
Biro keceriaan:                 Mohd Nur Syafiq Bin Harun
Biro Kebajikan:                Muhamad Hazim Hisyamuddin Bin Said


Exco mengikut Tingkatan:
Exco Ting.6:  Tuan Nurul Shaera bt Tuan Mazri
Exco Ting.5:  Fatin Nur Atika bt.Mohd Roselim
Exco Ting.4:  Muhammad Firdaus bin Nazman
Exco Ting.3:  Wan Nursyuhadah Paiezni bt Wan Pazeli
Exco Ting.2:  Muhammad Danish Bin Jamaludin.

Badan Pengawas Sesi 2012 baru sahaja membuka lembaran baru dengan menyaksikan guru-guru baru serta exco-exco baru.Kami berharap,semua guru di SMK Paka dapat memberi kerjasama yang padu dalam membantu kami selaku tulang belakang sekolah.

 InsyaALLAH,kami semua akan melaksanakan segala amanah yang diberi. Moto "SENTIASA BERSEDIA" menjadi teras kecemerlangan kepimpinan kami.

Search This Blog