Friday, May 18, 2012

Selamat Hari Guru dari kami, anak-anak Pengawas SMK Paka


Tanggal 16 Mei telah berlalu dan menyaksikan satu sambutan yang cukup meriah.Dengan gabungan beberapa unit terbesar SMK Paka iaitu, Persatuan Pelajar PPU,Badan Pengawas Sekolah,Unit Pengawas Pusat Sumber Dan Teknologi serta Unit Pembimbing Rakan Sebaya, telah menjadi penganjur kepada majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Alhamdulillah,usaha keras selama hampir sebulan sebelum majlis akhirnya membuahkan hasil apabila majlis sambutan hari guru tahun ini berjalan lancar.Kepada semua pengawas,tahniah dan syabas diucapkan di atas semua kerjasama dan komitmen yang anda berikan.Segak sekali berbaju biru =)
 memulakan pagi yang indah dengan senamrobik Hari guru :)
para pengawas segak memakai tshirt baru Badan Pengawas :)
 smile ustazah laila dan teacher mas ayu! kembar tak seiras.. tapi apa-apa mesti sama :D

 semangat bersenamrobik!

 happy je cikgu Adahan kita :)
 pasukan khidmat masyarakat yang bertugas mencuci kereta cikgu-cikgu.. tahniah :)
 semangat cikgu-cikgu lelaki kita :D
rehat jap..letih :D

 berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.
 indoor activity bermula..
 barisan guru-guru hebat SMK Paka
 bersemangat menyanyikan Lagu Guru Malaysia :)
                     Selamat Hari Guru cikgu!       
 pelancaran program Sekolah Penyayang =) moga bermanfaat...
 adik-adik pengawas form 2..comel-comel belake..
 Mantan Pengetua..Cikgu Arifin turut hadir memeriahkan sambutan.Masih terserlah karisma beliau sebagai seorang guru yang disegani. Selamat Hari Guru cikgu! :)
 jamuan makan tengah hari..

Kegembiraan jelas terpancar di wajah semua guru.Semoga semua guru terhibur dengan aktiviti yang telah kami sediakan. Kami di Badan Pengawas SMK Paka  mengucapkan,SELAMAT HARI GURU kepada semua guru SMK Paka.Semoga kalian terus mencipta kecemerlangan dan kegemilangan dalam arena pendidikan!

Saturday, April 7, 2012

Kem Kepimpinan Pengawas 2012 selesai.

Agenda: Kem Kepimpinan Pengawas SMK Paka 2012 bersama 
             Agensi Pembangunan Masyarakat    Terengganu.
Tempat: Marang Village,Resort and Spa,Marang,Terengganu.
Tarikh:  27-29 Mac 2012

Alhamdulillah,akhirnya agenda wajib Badan Pengawas yang diadakan setiap tahun telah berlangsung dengan jayanya.Kali ini,Badan Pengawas SMK sekali lagi dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas di Marang Village Resort and Spa,Marang,Terengganu.













 Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Encik Fauzi bin Muda,Penolong Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program kali ini.Kepada semua pengawas,diharapkan pengisian program yang dijalankan selama 3 hari di sana dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Ingat,kita dipimpin untuk memimpin!Tahniah semua.. 

**sila ke laman galeri kami untuk menyaksikan lebih detik-detik menarik sepanjang kem berlangsung**

Wednesday, February 29, 2012

Pengawas SMKP menyambut kedatangan Puan Pengetua baru.

Tanggal 26 Februari 2012 menjadi detik bersejarah bagi warga SMK Paka yang telah menyambut serta meraikan kedatangan Tuan Pengetua baru,Puan Hajah Salmah Bt Mohd Tahar. Majlis yang diraikan menyaksikan kehadiran pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Dungun serta barisan pengurusan daripada SMK Sura.

Badan Pengawas SMK Paka tidak ketinggalan dalam membantu sekolah menjayakan majlis hari tersebut. Ketibaan Puan Pengetua telah disambut oleh Ketua Pelajar Lelaki dan Perempuan kita.Dengan kawalan rapi oleh pengawas-pengawas,susun atur pelajar-pelajar berada dalam keadaan terkawal.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pengawas yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang majlis berlangsung.





Semoga dengan kehadiran Pengetua baru ini, SMK PAKA akan terus mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.SYABAS diucapkan!

Thursday, February 23, 2012

Mesyuarat Agung Badan Pengawas 2012 berjalan lancar.

Pada 13 Februari lalu,Mesyuarat Agung Badan Pengawas sesi 2012 telah selesai dijalankan.,Badan pengawas kini lebih bergerak aktif merencana serta merangka pelbagai strategi baru dalam meningkatkan kualiti kepimpinan badan pengawas.

Tarikh:  13 Februari 2012
Masa  :  2:15 petang
Tempat: Bilik APD

Antara agenda mesyuarat agung:

2.1-Ucapan pengerusi
2.2-Pelantikan Exco Badan Pengawas
2.3-Perancangan Aktiviti Tahun 2012
2.4-Pembahagian dan penambahbaikan tugas pengawas
2.5-Hal-hal lain

Badan Pengawas SMK Paka masih diterajui oleh guru-guru penasihat badan yang lama.Namun begitu,tahun 2012 telah membuka lembaran baru dengan menerima 2 orang guru penasihat yang baru.Kepada Puan Halimah dan Encik Adahan,selamat datang kami ucapkan.Kerjasama daripada anda berdua amat kami perlukan.

Kepada Pn.Hajah Norlaila,Pn. Hajah Rosnah serta Pn. Mas Ayu yang masih setia bersama Badan Pengawas,jutaan terima kasih kami ucapkan.Kerjasama serta nasihat daripada kalian masih kami perlukan.

Senarai nama guru penasihat badan pengawas sesi 2012.
1-Puan Hajah Norlaila bt Muda,
2-Puan Hajah Rosnah bt Abdullah,
3-Puan Mas Ayu Ros Aida bt Harun,
4-Puan Halimah bt Ali,
5-Encik Adahan bt Ayuha,


Pelantikan exco badan pengawas telah menjadi agenda utama mesyuarat kali ini,.Walaubagaimanapun, exco-exco yang dipilih ialah antara pengawas yang telah diberi kepercayaan untuk memegang setiap jawatan yang disandarkan.Tahniah kepada pengawas-pengawas yang telah dilantik menjadi exco.Semoga anda semua dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.




Ahmad Hamidi Fitri bin Che Hassan(5B)
Ketua Pelajar Lelaki
Muhammad Hafizan Hakimin Bin Mahadzir(4A)
Penolong Ketua Pelajar Lelaki
Khadijah Nadiah Bt Abd Raman(5B)
Ketua Pelajar Perempuan
Nur Athirah Bt Enchek Rahamat(5A)
Penolong Ketua Pelajar Perempuan


4 exco tertinggi telah dipilih oleh pihak pengurusan sekolah.Anda semua telah diberi harapan serta kepercayaan yang tinggi oleh guru-guru.Laksanakanlah amanat yang diberi dengan penuh tanggungjawab.Moga kalian dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi!


Ketua dan Penolong pelajar dibantu oleh 14 lagi ahli jawatankuasa serta ketua biro:

Setiausaha:                Siti Nurhafieza bt Haron
Penolong setiausaha:  Nur Aqilah bt Mekmat
Bendahari:                 Nor Atira bt Mohamad
Penolong Bendahari:  Wan Mohd Aminuddeen B.Wan Mohd Sukri


Ketua Biro:
Biro catatan dan rekod :   Aina Nabilah bt Mohamed Kamal
Biro Agama/kerohanian:   Mohd Farouq ShazniBin Zaimi
Biro Majlis Khas:             Nur Shahirah bt Arifin
Biro keceriaan:                 Mohd Nur Syafiq Bin Harun
Biro Kebajikan:                Muhamad Hazim Hisyamuddin Bin Said


Exco mengikut Tingkatan:
Exco Ting.6:  Tuan Nurul Shaera bt Tuan Mazri
Exco Ting.5:  Fatin Nur Atika bt.Mohd Roselim
Exco Ting.4:  Muhammad Firdaus bin Nazman
Exco Ting.3:  Wan Nursyuhadah Paiezni bt Wan Pazeli
Exco Ting.2:  Muhammad Danish Bin Jamaludin.

Badan Pengawas Sesi 2012 baru sahaja membuka lembaran baru dengan menyaksikan guru-guru baru serta exco-exco baru.Kami berharap,semua guru di SMK Paka dapat memberi kerjasama yang padu dalam membantu kami selaku tulang belakang sekolah.

 InsyaALLAH,kami semua akan melaksanakan segala amanah yang diberi. Moto "SENTIASA BERSEDIA" menjadi teras kecemerlangan kepimpinan kami.

Saturday, November 19, 2011

Senarai Nama Pengawas Lantikan 2011

    Sukacita diumumkan senarai nama Pengawas Sekolah
SMK Paka bagi sesi 2012.
1.  NG LEE ZHEN - 4 AMANAH
2.  WAN MOHD AMINUDDEEN BIN WAN MOHD SUKRI - 4 AMANAH
3.  MOHD AFIQ FIRDAUS B RAZALI- 4 AMANAH
4.  MUHAMAD HAZIM HISYAMUDDIN B SAID - 4 AMANAH
5.  AMIRUL SYAFIQ BIN AZMAN - 4 CEKAL
6.  NURUL ATIQAH AQILAH BINTI RAHMAT - 4 CEKAL
7.  MOHAMMAD AIZUDDIN BIN ZULKEFLE - 2KRK1
8.  MUHAMMAD NAQUIB BIN MOHD NOR - 2KRK1
9.  NUR SYAFFIQA IZLEEN BT ROSDI - 2KRK1
10.NUR AQILAH BINTI MEKMAT - 2KRK1
11.MUHAMMAD BAHARIN BIN JAMAL ABDUL NASSER- 1KRK3
12.MUHAMMAD DANISH BIN JAMALUDIN - 1KRK1
13.HAZIQAH NAJWA BT YUSOF - 1KRK2
14.SITI NUR ALIA BT MOHD ZAHARI - 1KRK2
15.NUR FAIQAH HANIN BINTI FAUZI - 1KRK2
16.CHE WAN SYAFIQAH BT CHE WAN MAHMOOD-1KRK2
17.MARDHIYAH MARISHA BT MAZLAN-1KRK2
18.NUR SHAHIRAH BT SAHIBOL FADILAH- 6B2
19.TUAN NURUL SHAERA BT TUAN MAZRI-6B2
20.PUTRI AISYAH NADIRA BT OTHMAN-4 A
21.SITI NADHIRAH BT MAHADZIR -4A

     Ucapan TAHNIAH daripada guru-guru Badan Pengawas. Semoga dengan pelantikan ini dapat meningkatkan lagi kualiti kepimpinan dalam diri masing-masing.

     Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana masih ada sesi temuduga pada awal tahun 2012 nanti.

     Surat Tawaran Pelantikan Pengawas Sesi 2012 boleh mula diambil di Pejabat sekolah mulai 30hb November 2011.

Search This Blog