Monday, May 2, 2011

Sambutan Hari Lahir Badan Pengawas


     Alhamdulillah, hari ini 02 hb Mei 2011, Isnin bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Paka telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Lahir Badan Pengawas (pelajar dan guru). Majlis ini diadakan bagi meraikan pengawas-pengawas dan guru-guru pengawas yang menyambut hari lahir diantara bulan Januari hingga Mei. Walaupun majlis ini diadakan secara kecil-kecilan dan santai tetapi suasananya sangat meriah.




Kek sumbangan Firdaus Nazman
     Majlis kali ini diadakan secara tidak formal. Acara majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis iaitu Saudari Siti Nor Hafieza Binti Harun. Seterusnya diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati Hari Lahir oleh Puan Hajjah Norlaila Binti Muda selaku Ketua Penasihat Badan Pengawas kepada pengawas-pengawas yang terlibat.






Puan Norlaila dan para pengawas sibuk membuat persiapan
    Sebelum menjamu selara, doa selamat dibacakan oleh Saudara Hafizan Hakimin Bin Mahadzir. Hidangan makanan dan minuman pada majlis kali  ini adalah secara 'pot luck' dimana para pengawas membawa juadah dari rumah. Bermacam-macam jenis kek, puding, dan kuih muih yang dihidangkan. Emmmm memang sangat menyelerakan. Memang tidak dinafikan para pengawas sentiasa memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti yang dirancang.







    
HAPPY BIRTHDAY ALL.....
SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI

Tahniah Dan Selamat Bertugas

     Sukacita diumumkan bahawa 6 orang pengawas baru telah dilantik berkuatkuasa pada 02 Mei 2011.
Tahniah kepada:-

1. Mohd Syazwan Bin Haris - 4 Amanah
2. Yuhanis Binti Jailani - 4 Amanah
3. Nor Athira Binti Mohamad - 4 Bestari
4. Khadijah Nadiah Binti Abd Raman - 4 Bestari
5. Tan Mei Shi - 4 Cekal
6. Mohd Syafiq Bin Harun -4 Cekal

    Semoga semua pengawas yang baru dilantik ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh berdedikasi dan jujur.

Search This Blog