Saturday, September 24, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Hari Lahir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Para Pengawas Sekalian,

     Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Sambutan Hari Lahir Badan Pengawas akan diadakan pada maklumat yang berikut:-

Tarikh     : 28 hb September 2011

Hari        : Rabu

Pukul      : 2. 00 petang

Tempat   : Dewan Seri Cempaka, SMK Paka

     Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berurusan terus dengan Puan Norhayati Binti Abdul Manaf atau mana-mana Exco Badan Pengawas 2011. Harap Maklum.

Guru Pensihat Badan Pengawas
semasa sesi taklimat
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri &
Sambuan Hari Lahir

Friday, June 24, 2011

Penerima Anugerah Khas Pengetua

Sekalung Ucapan Tahniah

kepada Ketua Pengawas Lelaki :
 Wan Mohd Harith B. Wan Zarudin

dan juga Ketua Pengawas Perempuan:
 Nurul Nalsuha Bt Abd Nasir

kerana telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pengetua
sempena Hari Anugerah Kualiti SMK Paka 2011.

Daripada:
Semua Guru Penasihat
Badan Pengawas SMK Paka

Monday, May 2, 2011

Sambutan Hari Lahir Badan Pengawas


     Alhamdulillah, hari ini 02 hb Mei 2011, Isnin bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Paka telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Lahir Badan Pengawas (pelajar dan guru). Majlis ini diadakan bagi meraikan pengawas-pengawas dan guru-guru pengawas yang menyambut hari lahir diantara bulan Januari hingga Mei. Walaupun majlis ini diadakan secara kecil-kecilan dan santai tetapi suasananya sangat meriah.




Kek sumbangan Firdaus Nazman
     Majlis kali ini diadakan secara tidak formal. Acara majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis iaitu Saudari Siti Nor Hafieza Binti Harun. Seterusnya diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati Hari Lahir oleh Puan Hajjah Norlaila Binti Muda selaku Ketua Penasihat Badan Pengawas kepada pengawas-pengawas yang terlibat.






Puan Norlaila dan para pengawas sibuk membuat persiapan
    Sebelum menjamu selara, doa selamat dibacakan oleh Saudara Hafizan Hakimin Bin Mahadzir. Hidangan makanan dan minuman pada majlis kali  ini adalah secara 'pot luck' dimana para pengawas membawa juadah dari rumah. Bermacam-macam jenis kek, puding, dan kuih muih yang dihidangkan. Emmmm memang sangat menyelerakan. Memang tidak dinafikan para pengawas sentiasa memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti yang dirancang.







    
HAPPY BIRTHDAY ALL.....
SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI

Tahniah Dan Selamat Bertugas

     Sukacita diumumkan bahawa 6 orang pengawas baru telah dilantik berkuatkuasa pada 02 Mei 2011.
Tahniah kepada:-

1. Mohd Syazwan Bin Haris - 4 Amanah
2. Yuhanis Binti Jailani - 4 Amanah
3. Nor Athira Binti Mohamad - 4 Bestari
4. Khadijah Nadiah Binti Abd Raman - 4 Bestari
5. Tan Mei Shi - 4 Cekal
6. Mohd Syafiq Bin Harun -4 Cekal

    Semoga semua pengawas yang baru dilantik ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh berdedikasi dan jujur.

Search This Blog